Monday, March 19, 2012

Ini Hujan Cintamu:)

Hadira tidak dapat meluapakan Hariz.Hadira sudah banyak menitiskan airmata buat lelaki
yang tidak berguna. Yang hanya menyintainya kerana perkara yang lain tetapi bukan
cinta.
Hafiz hanya sayangkan Hadira bukan kerana cinta pada pandang pertama ataupun cinta
yang ikhlas, ia adalah cinta yang tidak tulus. Hariz menyintainya kerana wajah Hadira mirip sengan kekasih
lamanya. Hadira juga tidak sangka yang perhubungan mereka akan berakhir begitu.
Hadira menerima hakikat yang Hariz sudah tiada lagi dalam hidupnya. Cuma dia tidak
dapat memadamkan Hariz dari fikirannya.


Hadira berkenalan dengan Hariz dari lelaman social, di alam maya. mereka hanya bersua muka satu kali
sahaja. Dan pertemuan itulah yang membuat perhubungan mereka putus.


Ilham adalah teman baik Hadira, tempat mengadu dan tempat meluahkan perasaannya. tetapi apa yang Hadira tidak tahu adalh Ilham mencintainnya. dia hanya tahu pabila dia memberitahu Ilham yang
ibunya sudah mengaturkan perkahwinannya bersama abang sepupunya.


Ilham tidak mahu memberitahu Hadira kerana dia takut ia akan merosakkan persahabatan yang suci
di antara mereka berdua. Apabila Ilham sudah meluahkan perasaannya, Hadira berpatah
balik kepada Ilham. Mereka berdua berdiri di bawah hujan. Hujan yang menyatukan mereka lagi. Ternyata,
Hadira tidak perasan bahawa lelaki sejatinya berada di hadapannya itu.

No comments:

Post a Comment